Hello, Mak! Mak Sihat?

     Kita ada lima jari. Jari yang pertama adalah ibu jari dan yang paling hujung adalah anak jari. Kedua-dua ini duduk berjauhan kerana ada tiga jari di tengah-tengah yang memisahkan. Ketiga-tiga jari itu adalah kerjaya, keluarga dan kawan-kawan. Ketiga-tiga ini adalah faktor si anak akan berjauhan dengan ibunya.

     So ambiklah masa sebentar cuma, lipatlah ke dalam tiga jari pemisah tadi dan tinggalkanlah ibu jari dan anak jari sahaja yang terbuka. Jika dibawa ibu jari ke telinga, ia akan membawa syarat panggilan telefon. Keraplah menghubungi ibu kita, akan ada suara merdu di hujung talian yang sentiasa menyambut talian kita, selagi si ibu masih ada.


Sumber: Masuk Syurga Laju-laju