August 2016



At your absolute best, you still won't be good enough for the wrong person.

At your worst, you'll still be worth it to the right person.


Hello, Mak! Mak Sihat?

     Kita ada lima jari. Jari yang pertama adalah ibu jari dan yang paling hujung adalah anak jari. Kedua-dua ini duduk berjauhan kerana ada tiga jari di tengah-tengah yang memisahkan. Ketiga-tiga jari itu adalah kerjaya, keluarga dan kawan-kawan. Ketiga-tiga ini adalah faktor si anak akan berjauhan dengan ibunya.

     So ambiklah masa sebentar cuma, lipatlah ke dalam tiga jari pemisah tadi dan tinggalkanlah ibu jari dan anak jari sahaja yang terbuka. Jika dibawa ibu jari ke telinga, ia akan membawa syarat panggilan telefon. Keraplah menghubungi ibu kita, akan ada suara merdu di hujung talian yang sentiasa menyambut talian kita, selagi si ibu masih ada.


Sumber: Masuk Syurga Laju-laju

Bak Dedaun Berguguran

     Suatu ketika, sedang Nabi dan para sahabat duduk-duduk di bawah sebatang pohon, tiba-tiba angin bertiup kencang sehingga dedaunan yang menguning berguguran. Yang tinggal hanyalah daun-daun yang masih hijau.

     "Seperti apa perumpamaan pohon ini?" Baginda bertanya kepada para sahabat.

     "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui," jawab mereka.

     Baginda bersabda: "Perumpamaannya seperti seorang Mukmin yang menggigil takutkan Allah sehingga dosa-dosanya berguguran dan yang tinggal hanyalah kebaikan semata."

(Riwayat al-Baihaqi)