Tip Jadi Matang pada Usia Muda

1) Pilih sahabat yang berfikiran positif.

2) Rajin berbual dengan ahli keluarga, banyak masalah dapat diselesaikan bersama.

3) Hadiri majlis ilmu. Walaupun kadangkala tidak faham perkara yang dibincangkan, ia mendedahkan diri kepada kematangan.

4) Kurangkan menonton siaran televisyen dan program remeh-temeh. Sebaliknya membaca isu2 ilmiah dan terlibat dengan aktiviti yang sihat. Sedikit demi sedikit, kita merasai tempias kedewasaan.

5) Pilih pakaian yang sesuai. Tidak terlalu ke-anak2an dan tidak terlalu tua. Sesuaikan dengan usia dan wawasan anda.

6) Fikir kesan buruk jika tidak boleh berdikari dan berfikir secara matang. Orang akan memandang rendah, hidup sentiasa cemas dan mudah kecewa kerana diri serba tidak tahu.

7) Tanamkan keinginan mencari ilmu baru. Pilih kegiatan sosial yang mendedahkan diri kepada perkembangan sahsiah seperti sukan, rewang sekampung, pameran universiti, karnival keluarga dan sebagainya.

8) Konsisten solat berjemaah di surau atau masjid. Ia 'aura' semula jadi dalam bermasyarakat yang menjurus kepada kematangan.

Sumber: Gen-Q

  Budak yang belum matang lagi. Hahah.

Sedekah Paling Baik

 

1) Tahu satu ilmu, sampaikan satu ilmu. Kemudian cari lagi.
2) Ceritakan kepada ibu atau ayah apa yang dipelajari.
3) Membantu adik2 menelaah dan menyiapkan kerja sekolah.
4) Membantu rakan2 yang tidak memahami sesuatu mata pelajaran.

Sumber: Gen-Q

* Seriously dah lame tak update blog. Huhu. Kesian blog aku ni. Dah lepas habis SPM ni, banyak masa aku habis kat rumah je. Tolong2 ape yang patut. Kira sedekah jgk tu. Heheh. Nak cari kerja, mak aku tak kasi pulak. Then, ambik lesen je.