Tip Jadi Matang pada Usia Muda

1) Pilih sahabat yang berfikiran positif.

2) Rajin berbual dengan ahli keluarga, banyak masalah dapat diselesaikan bersama.

3) Hadiri majlis ilmu. Walaupun kadangkala tidak faham perkara yang dibincangkan, ia mendedahkan diri kepada kematangan.

4) Kurangkan menonton siaran televisyen dan program remeh-temeh. Sebaliknya membaca isu2 ilmiah dan terlibat dengan aktiviti yang sihat. Sedikit demi sedikit, kita merasai tempias kedewasaan.

5) Pilih pakaian yang sesuai. Tidak terlalu ke-anak2an dan tidak terlalu tua. Sesuaikan dengan usia dan wawasan anda.

6) Fikir kesan buruk jika tidak boleh berdikari dan berfikir secara matang. Orang akan memandang rendah, hidup sentiasa cemas dan mudah kecewa kerana diri serba tidak tahu.

7) Tanamkan keinginan mencari ilmu baru. Pilih kegiatan sosial yang mendedahkan diri kepada perkembangan sahsiah seperti sukan, rewang sekampung, pameran universiti, karnival keluarga dan sebagainya.

8) Konsisten solat berjemaah di surau atau masjid. Ia 'aura' semula jadi dalam bermasyarakat yang menjurus kepada kematangan.

Sumber: Gen-Q

  Budak yang belum matang lagi. Hahah.

4 comments:

jaakechik said...

perkongsian yg baik dik! teruskan usaha ya...

www.jaakechik.com

Ika said...

jaakechik: thnx! :)

Unknown said...

nak tambah satu lagi , jangan pkir benda-2 yang remeh temeh , dan pkirkan kemana kita akan berakhir , dunia dan akhirat :D ,

perkongsian yang bgus btw .,

Ika said...

shafiq: btol tu. thnx tambah. :D